Pentingnya Jaket Keselamatan di Musim Banjir
Kita telah lalui fasa banjir yang teruk di penghujung tahun 2021 sehingga melumpuhkan kawasan sekitar antaranya shah alam, kuala muda, bentong dan kenyir. Umumnya, terdapat pelbagai jenis jaket keselamatan yang berada di pasaran, namun jaket keselamatan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu dari material styrofoam yang dibalut dengan kain yang dibentukkan sebagai baju luaran dan satu lagi adalah jaket pelampung udara (inflatable life jacket) yang bertindak secara automatik apabila picu ditarik atau alat pengesan air berfungsi dan memberi impak gas CO2 kepada seluruh ruang pelampung. Jaket ini direka khas untuk membantu seseorang itu mengapungkan dirinya di atas permukaan air buat seketika. Kajian mendapati bahawa jaket yang berkualiti sederhana mampu mengapungkan manusia seberat 80 kilogram selama tempoh masa 4 jam. Dalam tempoh ini si mangsa sempat untuk menggunakan apa yang ada di sekelilingnya untuk menyelamatkan diri seperti menarik perhatian dengan meniup wisel dan berada di kawasan terbuka yang lebih mudah untuk dilihat. Tambahan lagi, antara ciri-ciri asas yang wajib ada pada setiap jaket keselamatan ialah mestilah berwarna terang, mempunyai wisel, warna pantul cahaya dan tali kekunci yang baik untuk mengapungkan manusia. Hal ini adalah kerana, jaket keselamatan ini bukanlah dipakai untuk fesyen tetapi bagi menjamin keselamatan semasa terjadinya malapetaka ketika di atas permukaan air. Berikut adalah ciri-ciri asas yang WAJIB ada pada jaket keselamatan : –
1. Jaket Pelampung Stereofoam
Umumnya, jaket keselamatan jenis digunakan sebagai alat keselamatan di kapal, pantai, dan aktiviti air yang lain. Cara menggunakannya adalah mudah hanya perlu memakainya pada badan seperti memakai baju kemeja kemudian ketatkan tali pengikat atau pad kekunci yang tersedia pada jaket tersebut dengan erat dan kemas.
2. Jaket Pelampung Udara
Untuk model ini adalah sedikit berbeza dengan pelampung stereofoam. Hal ini adalah kerana jaket ini memerlukan beberapa langkah untuk mengaktifkannya sebelum selamat digunakan. Sungguhpun begitu, usahlah risau kerana jaket keselamatan jenis ini biasanya sudah tersedia dengan sistem auto-inflator apabila jaket jatuh ke dalam air. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang yang bijak dan peka dengan dengan keadaan sekeliling kita wajib memakai jaket keselamatan ini apabila berada di mana-mana perairan. Hal ini adalah kerana jaket ini direka khusus bukan untuk nampak kemas tetapi untuk mengurangkan risiko daripada mati lemas. Source: matakail
#banjir2021 #banjir2022 #jaketkeselamatan #bantuanbanjir #MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran #MalaysiaFishingTackles#Fishing#Pancing#Reel#Rod#MalaysiaFishing#Hook#Pancing#TaliPancing#Joran