Resipi Biskut Choc Chip Ala ‘Famous Amos’, Mudah, Campak dan Gaul Guna Senduk Je!
Cuba resepi ini, sangat mudah dan cepat. Memang senang sangat nak buat. Cuma campurkan semua bahan dan gaul menggunakan senduk sahaja. Tanpa menggunakan ‘mixer’. Tiada ‘mixer’ tiada renyah nak membasuh perkakas ‘extra’! Rasanya rangup, tidak terlalu manis dan ada sedikit rasa pahit coklat chip yang enak dan lazat.
Ibu- ibu sangat sibuk sempena Ramadhan ni. Ibu perlu sediakan untuk juadah berbuka dan sahur, nak beribadat, menguruskan anak-anak bersekolah dan membuat persiapan raya nanti.
Tercari-cari hidangan mudah untuk moreh anak-anak?
Sekarang, lalu depan kedai ‘Famous Amous’ pun anak tak merengek dah. Sen pun jimat! Jom cuba buat sendiri resipi Biskut Choc Chip oleh Myra Chaqkey ini.
Resipi Biskut Choc Chip Ala ‘Famous Amos’
1. Bahan A: Kacau rata semua bahan
- 1 1/4 cawan brown sugar
- 250 gram Butter
- 1 biji telur
- Esen vanila 1 sudu kecil
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
2. Tambahkan Bahan B
- 1/2 cawan tepung jagung
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- 6 sudu besar minyak
- *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
3. Sejukkan adunan
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
4. Sedia dibakar
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
5. Masukkan dalam oven
Bila dah masak, beginilah hasilnya. Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara.
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. Yang dalam gambar di bawah ni saya saja letak topping almond. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah.
Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga ya…
Sumber: Myra Chaqkey, My Resipi
Dah Baca, dapat sesuatu? Jangan Lupa Like, Komen Dan Share!
Terima Kasih Tekan link ini Ecolinen – MY untuk Follow Kami.