Anda Boleh Buat Taman Di Dalam Rumah Dengan Taman Menegak
Sifat semula jadi manusia suka kepada alam semula jadi. Tetapi jika di bandar, tentulah sukar dan mahal untuk mendapat landed-house.
Rumah-rumah kondominium dan apartment yang berada di bangunan yang tinggi tidak mempunyai tanah untuk membuat taman.
Ada beberapa kaedah yang boleh kita cuba untuk ada taman di rumah walaupun tidak mempunyai laman yang ada tanah.
Di antaranya adalah taman menegak. Kaedah ini sesuai lebih-lebih lagi jika ruang rumah sempit.
Anda akan rasa kehijauan alam semula jadi di dalam rumah.
1 – Plant Ladder

Nikmati kehijauan dengan kitar semula. Guna plant ladder jenis kayu dan letakkan pasu dari bahan-bahan plastik dan botol yang dikitar semula.

Jika anda suka warna-warna tertentu, boleh cat ladder dengan warna yang anda suka.
2 – Vertical Planter
Ini adalah kaedah yang lebih menjimatkan ruang. Boleh cuba cari di kedai hardware yang jual vertical planter.


3 – Hanging Planter
Walaupun hanging planter hanya ada satu level, tapi anda boleh susun satu tinggi dan satu rendah.

4 – Green Wall



