Jenis-jenis Kain Cotton Yang Biasa Kita Lihat
Ada banyak jenis kain cotton sebenarnya. Kalau kita buat carian di internet, atau menghadiri pameran tekstil, kita akan jumpa mungkin ratusan jenis.
Mari kita lihat beberapa jenis kain yang biasa kita jumpa di sini.
1 – Batik

Ini adalah sangat popular. Kalau di negara kita Malaysia, sebut sahaja batik ramai yang kenal.
Ramai orang keliru dengan kain ‘corak batik’. Itu bukan kain batik.
Kain batik adalah kain cotton yang diberikan kesan warna dengan kaedah celup, tekap dan conteng. 3 cara ini sahaja yang menghasilkan kain batik. Kerana itu, kain yang cotton yang terhasil dengan 3 cara ini harganya tinggi kerana inilah batik asli.
2 – Cable knit

Kain ini menggunakan benang yang dikait menjadikan pintalan kasar.
Ini juga biasa kita lihat. Tetapi ia jarang dipakai di Malaysia kerana cuaca kita panas.

Jika kita menonton filem atau drama luar negara, biasa kita lihat mereka pakai baju kain cable knit.
Akan tetapi, di negara kita ia dijadikan sarung bantal atau alas tempat duduk.
3 – Corduroy

Pernah satu masa dalam 90-an, kain ini menjadi trend seluar remaja-remaja lelaki.
Ia kain yang berjalur menegak. Jenama besar seperti Levi’s juga mengeluarkan sweater daripada kain jenis corduroy.
Kain corduroy dikelaskan dalam beberapa kategori (feathercord, piwale, regular wale, wide wale dan broad) mengikut saiz dan jarak di antara jalur.
4 – Gauze

Kain ini jarang sekali dijadikan pakaian.
Ia banyak digunakan di hospital sebagai penekap darah dan pencuci luka.
Kain ini juga digunakan dalam industri makanan. Paling banyak kita lihat ialah di dijadikan kain pembungkus sup bunjut.
5 – Ombre

Ombre adalah kain yang diwarnakan dengan dua warna yang bertemu secara gradien. Jika dilihat pada asasnya, ia juga adalah seperti batik.
Kain ini popular pada tahun 1950-an lagi sebenarnya.
Tetapi beberapa tahun kebelakangan, ia mula menjadi trend seluar dan baju orang muda.
6 – Denim

Ini tidak asing lagi jika kita menyebutnya dengan istilah ‘seluar jeans’.
Sangat popular terutamanya bagi lelaki.
Cuma beberapa tahun kebelakangan ini, trend pemakaian denim semakin menurun. Dan beberapa jenama besar mula mencatatkan kerugian dalam sektor ini.
7 – Fleece
Sejenis kain yang lembut, sedikit berbulu dan menghangatkan kulit. Kerana itu, kain ini sangat sesuai dijadikan kain selimut.
Selain selimut, ia dijadikan sweater
