Cotton vs Polycotton
Kain kapas atau cotton adalah kain 100% kapas. Manakala polycotton adalah kain kapas yang dicampur dengan polyester.
Mari kita lihat perbezaan cotton dan polyester dahulu kemudian baru dapat kita faham beza cotton dan poly cotton.
Cotton vs Polyester
Kain cotton boleh mengalirkan udara dengan baik. Kerana itulah kita sentiasa dengar kalau pakai baju kain cotton kita rasa sejuk, dan tidak rasa terlalu panas di waktu tengahari.
Akan tetapi, semakin tebal kain cotton, semakin kurang pengaliran udara.
Kain polyester tidak dapat mengalirkan udara dengan baik. Kain ini akan terasa panas terutama apabila dipakai waktu tengahari.
Kain cotton 100% mudah koyak dalam aktiviti lasak. Manakala polyester lebih tahan dalam kondisi lasak.
Kain cotton lebih mahal daripada polyester.
Kain polycotton
Polycotton ialah campuran kain polyester dan cotton.
Kain ini boleh mengalirkan udara dan kurang terasa panas. Oleh kerana ia bukan 100% cotton, harganya juga lebih murah. Akan tetapi, ia lebih tahan untuk aktiviti lasak berbanding kain cotton.