Cara Pilih Tuala Mandi
Kain tuala mandi adalah item peribadi yang wajib. Setiap hari kita akan mandi 2-3 kali. Kerap kita mandi, keraplah kita menggunakan tuala.
Kerana itu, memilih tuala yang baik adalah penting.
Tuala adalah kain pertama menyentuh kulit apabila kulit menjadi bersih selepas mandi. Maka, tuala yang baik sangatlah perlu untuk mengelakkan jangkitan yang tidak baik kepada kulit.
Boleh dikatakan tuala yang baik adalah satu kaedah penting untuk menjaga kesihatan kulit.
Baca Label

Semasa membeli, baca label betul-betul agar kita tahu material tuala itu. Pastikan kita membeli tuala 100% cotton. Kain cotton 100% terasa lembut di kulit.
Ketebalan
Ketebalan perlu diambil kira. Lebih tebal tuala, lebih banyak ia boleh menyerap air. Penyerapan air yang banyak sangat perlu terutama untuk pengeringan rambut.
Saiz
Beli tuala yang sesuai dengan saiz badan. Pastikan ia boleh menutup hampir seluruh badan. Jika ia terlalu kecil, badan tidak dapat dikeringkan dengan baik dan menyukarkan.
Jahitan

Pilih tuala yang dijahit kemas dan tidak mudah putus. Terutamanya bahagian tepi. Cuba tarik-tarik kain tuala, pastikan ia tidak mudah koyak apabila basah dan dibasuh.