Cara Basuh Tuala
Membeli tuala yang baik dan berkualiti adalah penting.
Membasuhnya juga adalah penting agar ia tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.
Ikut label
Sebelum mencuci, baca dahulu label tuala.
Ada tuala yang sesuai dibasuh dengan mesin dan ada yang tidak. Ada tuala yang hanya perlu gunakan bahan pencuci yang sedikit sahaja. Ada pula tuala yang perlu dibasuh dengan air suam.
Rendam
Sebelum membasuh, rendam dahulu tuala dengan sabun dan air suam selama 30 minit. Ini untuk membunuh bakteria yang ada pada tuala.
Paling baik, rendam secara berasingan daripada pakaian lain.
Guna cuka
Ada juga petua untuk letakkan cuka semasa membasuh untuk menghilangkan bau hapak
Kekerapan
Basuh tuala dengan kerap. Jika tidak, kita berisiko untuk mendapat jangkitan kuman pada kulit.