Bagaimana Jadikan Bilik Tidur Macam Hotel
Kenapa apabila kita pergi hotel, kita rasa sangat selesa tidur di dalam bilik hotel.
Walaupun dikenakan bayaran ratusan ringgit untuk semalaman, kita masih sanggup membayar.
Sebenarnya kita dapat jadikan bilik tidur di rumah seperti hotel.
Ada beberapa cara yang kita boleh lakukan.
1 – Lampu tidur
Pencahayaan adalah elemen penting dalam keselesaan bilik tidur. Namun, ia adalah satu elemen yang murah untuk kita gunakan.
Di pasaran sekarang, berbagai produk mentol dan lampu bilik ada dijual. Walaupun dengan harga yang murah kualitinya adalah setanding dengan cahaya dalam bilik tidur hotel.
Cuba dapatkan lampu meja yang diletakkan di sisi katil. Lampu sisi ini memberikan rasa yang rileks setelah lampu utama dipadamkan.
2 – Cadar dan bantal
Fabrik lain yang hotel guna adalah satin dan linen.
Hotel ada juga ada sediakan bantal-bantal kecil di atas katil. Ini memberikan rasa sangat selesa terutama apabila kita memeluk sambil menonton tv di atas katil.
3 – Kepala katil
Kepala katil adalah di antara hiasan bilik yang cantik. Letakkan juga lukisan atau hiasan dinding pada sebelah atas kepala katil.
Selain itu, di antara fungsi utama kepala katil adalah tempat bersandar. Terutamanya semasa kita membaca buku, menggunakan handphone atau laptop.
4 – Warna
Gunakan warna yang tenang dan damai. Biasanya bilik hotel tidak menggunakan warna yang ‘striking’ dan juga corak yang banyak.
Hotel akan menggunakan warna ‘monochrome’ dan corak kosong. Ataupun gunakan warna yang lembut (hijau lembut, koko lembut, dan kuning lembut).
5 – Alas lantai
Hotel juga mementingkan keselesaan pada kaki. Sebab itu mereka ada sediakan selipar bilik.
Alas kaki sangat penting. Letakkan karpet yang mempunyai lembut.
Selain itu, kain pengelap kaki di pintu tandas juga penting. Pilih jenis serap air yang kuat dan lembut.
6 – Kerusi
Ada dua jenis kerusi iaitu kerusi rehat dan kerusi kerja di meja.
Gunakan kerusi rehat yang lebar dan selesa. Kalau tidur di kerusi itu pun badan kita tidak rasa lenguh.
7 – Aksesori
Gunakan kreativiti sendiri untuk aksesori. Letakkan hiasan meja yang ringkas, seperti pasu kecil. Boleh dapatkan idea-idea dengan mencari gambar di internet.
Kita menghabiskan satu pertiga ke separuh hari dalam bilik tidur. Jangan takut untuk melaburkan sedikit wang untuk keselesaan bilik tidur.