Tips Memilih Bantal Mengikut Gaya Tidur
Tips memilih bantal yang salah boleh menyebabkan sakit kepala, sakit leher atau bahu dan tidur tidak lena. Sekaligus boleh menjejaskan prestasi dan kesihatan seseorang. Jom kenali cara pilihan bantal mengikut gaya tidur anda, dengan mengenalpasti bentuk dan kepadatan bantal, dan disesuai dengan gaya tidur masing-masing.
Sejak tu, saya lebih gemar bantal yang lembut dan sedikit gebu jenis fiber (macam bantal hotel) sebab bantal jenis ini yang dapat mengurangkan sakit di bahu dan sesuai dengan saya yang suka tidur mengiring.
Admin sendiri pernah mengalami kecederaan sehingga mengalami kesakitan terlampau dalam setiap posisi terutama sewaktu berbaring. Sayaterpaksa rujuk ke Pahang Specialist bahagian tulang kerana terlampau sakit dan Dr sahkan tisu ‘muscle’ di bahu terkoyak (admin cedera ketika pakai ‘girdle’). Keesokan hari, saya tak boleh bangun dan bergerak sebab terlampau sakit. Saya langsung tak boleh bawa kereta sebab tak boleh gelengkan kepala kiri kanan sehingga dan tak mampu memegang ‘purse’ kecil di tangan sebab berat ‘purse’ yang ringan itu pun terasa di bahu.
Semua postur duduk mahupun tidur serba tidak kena waktu tu sehingga menyebabkan saya ‘restless’. Last resort, saya terpaksa cari dan beli bantal. Setiap bantal di kedai tu Yan cuba dalam kesakitan. Akhirnya, yang paling kurangkan rasa sakit adalah contour pillow – melengkung (itu pun entah ke berapa bantal saya cuba). Alhamdulillah, semasa MC tu bantal itulah sangat membantu dan meringankan sakit tu dan dapat tidur dengan baik.
Sejak tu, saya lebih gemar bantal yang lembut dan sedikit gebu jenis fiber (macam bantal hotel) sebab bantal jenis ini yang dapat mengurangkan sakit di bahu dan sesuai dengan saya yang suka tidur mengiring. Bangun pagi pun dah tak kerap sakit kepala (saya ingat tahun 2014-2015 selalu sangat sakit kepala dan sakit bahu).
Bagi saya bantal kekabu tidak sesuai dengan saya kerana bantal jenis ini biasanya keras dan padat dan ada yang tinggi pun. Jadi untuk ‘side-sleeper’ seperti saya kurang sesuai. Jika semasa ‘travelling’ tiada bantal sesuai, saya lebih suka tidur tanpa bantal dan tidur secara terlentang.
- Tidur terlentang – keadaan bahagian depan badan menghadap syiling: bantal lembut tidak terlalu tinggi
- Tidur mengiring – tidur di atas sisi kanan badan atau kiri: bantal lebih tinggi dari terlentang dan mesra kontur (‘contour pillow’)
- Tidur meniarap – bahagian depan badan rapat ke tilam: seeloknya elakkan tidur dalam posisi ini. Mungkin dalam kes medikal, gunakan bantal yang lebih rata dan lembut kerana kawasan sebahagian atau sebelah sisi leher dalam ‘posisi bekerja’.
#tipsdariecolinen #katalogecolinen #bantal900gecolinen #bantal1000gecolinen