Selimut dan cadar asrama putih untuk pusat latihan IKBN

Alhamdulillah,
Rezeki akhir tahun (dan setiap tahun), pelanggan IKBN ni memilih kami untuk 'supply' keperluan pusat latihan mereka.

Tahun-tahun lepas, kami 'supply' sarung tilam, sarung bantal dan ada lagi, lupa..(mungkin 2 tahun lepas kak yan tak ingat) dan tahun ni cadar flat dan selimut.

Pelanggan kami ni sangat teliti dengan kualiti, kami mengikut kehendak 'spec' mereka dari segi kualiti kain. Jadi kami 'propose' jenis kain berbeza untuk tempahan customade ni.

Terbukti, sudah 2 tahun kami 'supply' sarung tilam, kami tak pernah terima apa-apa 'complaint' dan masih belum menerima tempahan baru untuk sarung tilam ;P
(Tak ada masalah, janji pelanggan 'happy' puas hati)

Jom, kak yan belanja gambar sikit tapi kak yan tak 'reveal' tempat melainkan dapat kebenaran mereka.

2 carton ni selimut fleece, kualiti jenis 800g. Besar bungkusan ni dalam 81 Tx 48 Lx 73 P (cm)


Selimut fleece merah

Set cadar flat termasuk sarung bantal. Putih senang basuh. Kalau kotor boleh bleach. Itu kelebihan warna putih.

Kepada pelanggan dan bakal pelanggan kami, sebarang pertanyaan boleh hubungi talian pejabat kami atau no.hp. 

*Kalau nak telefon henfon kami prefer waktu pejabat atau whatsapp/sms jika luar waktu pejabat. Kebiasaannya harga kami beri melalui sebutharga pada email atau whatsapp. Kalau anda call, ada harga yang kami lupa jadi kami boleh explain berkenaan spec je. Senang kalau kami bagi official quotation untuk rujukan.

(banyak kali juga pelanggan call kami tengah malam pukul 11, 12 malam. Erk! Kalau urgent, tinggalkan mesej, kalau tengah malam tu memang confirm tak tengok telefon dah..)

Pejabat: 09-566 0728
WA/SMS: 012-351 0337 / 019-902 8058

Ok, kak yan nak finalise kira sebelum hantar hari ni. Oleh kerana lori tak masuk kawasan ni, jadi kami pergi hantar sendiri.